Thursday, May 7, 2009

07/05/2009 Banner BBQ Jalan 3E

Pada pukul 9.26 malam, 07/05/2009 Banner BBQ Jalan 3E telah di pasang di simpang masuk ke Jalan 3E.
Pemasang poster pilihanraya professional sedang mencari lokasi yang sesuai bagi menggantung kain rentang bagi BBQ Jalan 3E. Tugas mereka kali ini agak berlainan dari kebiasaannya yang memerlukan polis dan bodyguard semasa memasang poster. Tapi kali ini mereka hanya di kawal oleh dua orang cilik.
Tok mintak maap la Tok, aritu saya dah order banner siap dengan gambar tok pakai songkok dan samping, tapi diorang kata tak leh nak masukkan la Tok. Kata diorang nanti kaler dia tak match ngan tulisan la Tok.
Awak nie saudagar, nampak gaya nie penggal terakhir la awak jadik pengarah projek untuk abad ini, eh.
Bergambar kenangan bersama tenaga kerja pemasangan banner.
Kiri sekali bodyguard kecik Tok Ketua, Tok Ketua Shamsul, errr pekerja indon bapak Jamadi, Ketua Pengarah BBQ Saudagar Hamidi dan errr wei anak ko mana nie Midi.
aaaa tu dia ... ish mana ko sorok kan tadi budak tu ...
Ishh tinggi sangat nie Midi, apa kata kalau kita turunkan sikit.

Cop! cop! cop!... senget tu

Tinggi sangat laaa. Karang orang tak perasan lak. Sesia ajer aku buat banner nie kalau orang tak perasan.

aaaaa... cam nie ok, tenguk tu Tok Ketua tunjuk macam mana cara yang sesuai menggantung banner. Ngam-ngam ajer.

ok ok aku bagi level sikit... aku nie kalau part nak bagi belence memang expert lebih-lebih lagi kalau nak levelkan simen lantai atau konkrit.

Setelah puashati dengan kedudukan banner, barulah diikat dengan kemas.

Ok cantik! ... nie kalu Jalan lain kat DSentral tenguk nie mesti jeles gila nie.

Mesti meleleh air liur diorang nie bila baca nie.

Ayah, angah tolong ikat eh. Ok ikat elok-elok ye.
Banner yang telah siap dipasang.

Jangan tak datang , beso tulisan tu jangan buat-buat tak nampak lak.

Ayah, 20 tahun lagi nanti Zakuan lak jadik pengarah BBQ eh.
Tapi masa tu kita dah tak duk kat sini kan ayah.
Tak nak la ayah, malu la angah nak posing ngan mamat nie.

Dia suka tayang gigi la ayah.
Usia bukan penghalang... nanti kita dating masa BBQ nie nak tak angah.
Pengarah BBQ in the making


Semoga semua warga 3E dapat turut sama menjayakan Program BBQ kita pada hari Sabtu nanti. Sambil beramah mesra dan merapatkan lagi silaturahim sesama kita.

9 Mei 2009

No comments:

Post a Comment