Sunday, March 29, 2009

29/03/09 Pemasangan Pintu di Lorong Belakang

Pada 28 hb Mac 2009 kerja-kerja pemasangan gate bagi laluan belakang telah dimulakan kira-kira pada pukul 2.30 petang. Kerja-kerja tersebut telah disambung pada keesokkannya sehingga siap sepenuhnya.

Kerja-kerja pemasangan sedang dilakukan di lorong belakang 3E & 3G. emmm mana orangnya? Soalan cepumas cuba cari dimanakah pekerja-pekerja yang sedang memasang gate tersebut. Memang respek la mata orang yang bole carik pekerja tu.

Gate yang separuh siap dipasang.
Gate yang telah siap sepenuhnya di lorong belakang 3E & 3C. Waaa subur betul la pokok pisang tu. Sapa punya tu? (... pura-pura tanya ...) Waaa senang la kita nanti nak buat ikan bakar eh, tu dah ada daun pisang tu buat balut ikan he he he.

Pada sebelah malamnya pula telah dilakukan sessi pemeriksaan bersama kontraktor pemasangan gate tersebut. Pemeriksaan gate ini di sertai oleh Sdr. Padzil dari RnP eng. Ventures serta Sdr. Syamsul, Sdr. Jamadi dan tukang amik gambar.

Sdr Syamsul sedang memberi komen kepada Sdr. Padzil dari RnP eng ventures di gate sebelah Tadika Ainna di lorong belakang 3E /3C.

Sdr. Jamadi sedang memerhatikan kekukuhan binaan gate yang telah siap dipasang.
Di dalam perbincangan tersebut beberapa penambahbaikan diperlukan dalam rekabentuk gate yang telah dipasang itu.

Diantaranya adalah penambahan jeriji tajam di bahagian atas gate yang akan dipasang oleh kontraktor, pembelian clamp manga, 2 bagi setiap gate yang akan ditanggung sendiri oleh penduduk.

Diantara ciri-ciri keselamatan yang telah dipasang oleh kontraktor.

Grill didalam longkang dibawah gate.
Gate di lorong belakang 3E/3C berhadapan dengan tangki air.

Pemasangan gate agak memuaskan setakat ini.
Satu 'stopper' perlu diletak/weld di bahagian engsel gate supaya gate tidak mudah untuk diangkat.

Laluan belakang 3E/3G berdekatan jalan besar yang agak tersorok disebalik ribunan pokok hiasan pemaju, dan suasana yang agak gelap memudahkan penjenayah untuk keluar dan masuk tanpa dikesan oleh penduduk.

Gate yang telah dipasang di lorong belakang 3E/3G berhadapan tangki air.


Gate di jalan belakang 3E/3G.

Longkang di laluan ini juga telah dipasang grill.

Adalah diharapkan dengan pemasangan gate di kesemua laluan belakang dapat mengelakkan dari berlakunya sebarang kecurian dan seterusnya menambahkan lagi faktor-faktor bagi keselamatan penduduk di Jalan 3E keseluruhannya.

Sekiranya para penduduk ada cadangan bagi penambahbaikkan gate yang telah dibina ini adalah diharapkan agar mengutarakan pandangan mereka secepat mungkin kepada pengerusi Jalan 3E sementara pemasangan ini masih lagi dibawah seliaan kontraktor RnP eng. ventures.

27/03/09 Mesyuarat BBQ di Hj. Tapah

Pada 27 hb Mac 2009, suatu mesyuarat telah diadakan di Hj. Tapah.


Mesyuarat di ketuai oleh Sdr. Hamidi merangkap pengarah BBQ Jalan 3E. Perjumpaan ini juga disertai oleh Sdr. Shamsul (Pengerusi 3E), Sdr. Jamadi, Sdr. Halim (Hitachi), Sdr. Raop (Honda baru), Sdr. Syamsul (Toilet baru), Sdr. Akop (Ustad baru), Sdr. Herwin, Sdr. Azrul, dan tukang amik gambar.

Mesyuarat dimulakan oleh Sdr. Hamidi dimulakan dengan kata-kata aluan dan puji-pujian.

Ahli mesyuarat sedang khusyuk mendengar celoteh Sdr. Akop yang sedang memberikan pendapatannya.. pendapatnya laaa.

Mesyuarat secara khasnya membincangkan tentang aktiviti BBQ yang akan diadakan di Jalan 3E tidka lama lagi. Diantara keputusan yang telah dicapai semasa mesyuarat tersebut, tarikh BBQ yang pada awalnya dijadualkan pada 1 Mei 2009 telah ditunda ke satu tarikh yang baru iaitu pada 9 Mei 2009. Ini adalah dari isu yang telah dibangkitkan iaitu cuti 1 Mei adalah cuti yang berturutan dengan cuti hujung minggu dan ramai yang te;lah bercadang untuk pulang ke kampung halaman masing-masing.
Selain dari itu cadangan kaum ibu untuk mengadakan hamper bagi setiap rumah juga di tunda ke aktiviti hari keluarga yang mungkin akan diadakan di hujung tahun nanti.

Untuk rekod kaum ibu, percayalah kami tujuan kami ke Hj. Tapah hanyalah untuk bermesyuarat sahaja dan bukannya bersuka ria.
Buktinya lihatlah selama 3 jam kami di Hj Tapah hanya teh tarik sahaja yang kami order.



Thursday, March 26, 2009

28/02/09 Walimatul Urus

Selamat Pengantin Baru.

Selamat pengantin baru kepada abg. Azri.... eh silap anak abg Azri, ishh sapa namanya ek lupa la pulak. Tak pe nanti check balik.



Selepas upacara angkat sumpah.. eh eh silap lagi, sori sori ... angkat nikah, telah diadakan majlis bacaan yassin dan tahlil bersama warga 3E yang lain.















Majlis bacaan yassin dan tahlil di ketuai oleh Ustaz Sayed dengan dibantu oleh anaknya.

Tu yang duk sebelah dia tu anak dia la .. he he he...








Majlis resepsi telah diadakan di Dewan MPAJ Cheras, eh ceras ker Ampang eh? Mana-mana pun bole la.
Kelihatan Tok Ketua sedang tersandar kekenyang. Anak-anak mana Tok?







Memang meriah sungguh majlis tersebut. Warga 3E terpaksa makan di meja-meja yang berasingan kerana kami sampai agak lewat ke majlis tersebut.







Kami hanya sempat melihat kerusi bersanding di pentas pelamin MPAJ aje.

Doa nabi Muhammad s.a.w di hari pernikahan puteri baginda Fatimah Az-Zahra dengan Saidina Ali bin Abi Talib
' Semoga Allah menghimpun yang terserak dari keduanya, memberkati mereka berdua, meningkatkan kualiti keturunan mereka, menjadikannya pembuka pintu rahmat, sumber ilmu dan hikmah serta pmberi rasa aman bagi umat'
amin

15/02/09 Fogging di dSentral

Pada 15/02/09 fogging telah dilakukan oleh kementerian kesihatan di sekitar dSentral6. Semburan menggunakan campuran asas air yang mana ianya kurang bermasalah berbanding campuran asas minyak.
Sungguh meriah di Jalan 3E nie laksana pesta sureheboh.

Hampir semua warga 3E keluar berpesta asap bersama-keluarga masing-masing.


Sdr. Win dan isteri sedang memerhatikan rumah mereka yang sedang diwasapi.


Brader Ghostbuster.


Topeng muka yang dibekalkan kepada penduduk yang bernasib baik sahaja.

Mahal wooo.

Rumah sapa yang lama sangat kena sembur tuuu? Tu la bela lagi semak samun depan rumah, nyamuk banyak tau.

Proses fogging telah selesai kira-kira pada pukul 7.14pm.

Malam ini warga 3E tidur dengan nyenyaknya.