Sunday, April 26, 2009

26/04/2009 Gotong-royong Dsentral

Gotong royong dSentral

Pada Ahad, 26/04/2009 telah diadakan gotong royong bagi seluruh dSentral. Gotong royong yang bermula jam 7.30 pagi ini telah juga sertai oleh warga Jalan 3E yang memang cukup komitmen dalam ehwal kemasyarakatan dSentral keseluruhannya.

Seawal 7.30 pagi warga dSentral mula memenuhi padang taman permainan dSentral. Tidak kira kecil besar, tua dan muda ikut serta dalam aktiviti gotong royong besar besaran dSentral yang julung kali diadakan ini.

Warga Jalan 3E juga mula berkumpul di hadapan rumah en Jamadi dan bersama-sama berjalan menuju ke tapak taman permianan dSentral.


Berkumpul dan mendengar taklimat gotong royong.




Sebahagian ahli Jalan 3E sedang turut sama mendengar dengan khuyusuk taklimat pagi itu.
Sesi taklimat gotong royong pagi itu diberikan oleh Wak Man. Orang jawa katanya. Memang bersemangat sungguh dalam menjayakan aktiviti gotong royong pagi itu.
Pengerusi dSentral Prof. Madya Dr. Ariffin tidak dapat hadir pada masa itu atas perkara yang tidak dapat dielakkan.

errr warga 3E tak bawak apa-apa tools ker? Nampak dari jauh berlenggang kangkung jer.

Sebelum bermula aktiviti, seperti biasa sesi memanaskan badan dilakukan.

Baru la rasa segar badan, boleh la sarapan lepas ini.

Kawasan taman permainan sebagai kawasan permulaan aktiviti gotong royong dan kemudiannya diikuti dengan kawasan jalan masing-masing.

Ishhh mana warga 3E yang lain eh?

Selain dari sampah sarap, papan-papan iklan yang digantungkan di tiang-tiang lampu dan pokok juga diturunkan.
Weih Alim ko cukup tinggi ker nak panjat tiang tu?
Jiran sepakat membawa berkat.
Senyum .... senyum.... weih cepat la amik gambar dah penat posing nie...
... sabo sabo kamera aku nie lambat sikit nak panas...
.... aaaaa... turn sapa lak panjat nie .... aku dah setkan tangga nie ...

Sdr Asrul menunjukkan skillnya yang lain, selain dari skill menebas rumputnya.
weiii weiii ko pegang la tangga tu, jangan pegang aku ... geli laaaa..

Saat-saat akhir papan tanda ini dilihat orang.
Iklan lori sewa dah biasa dah... iklan repair sofa tu jarang jumpa tu... cepat amik nombor dia.

Waaa tinggi betul, sampai kehujung mata tangga tu.
... gayat ... gayat..

Penyapu terbang Harry Potter yang tersangkut di atas pokok ini menjadi kemusykilan kami.

Walaubagaimana pun sampah tetap sampah samada di atas ataupun dibawah pokok.
Hati-hati Asrul kalau kena sumpah jadik kodok kami tak tau.

En Jamadi menunjukkan cara-cara bermain golf kepada kami.

errrr mintak mahaap la boss saya dah patahkan kayu golf boss...
nie Jamadi la nie ajar tak betul...

nie haa cara yang betul

Tenguk kan dah terbang tunggul pokok tu...
En Asrul menunjukkan cara yang betul memukul bola golf hasil pengalaman dari aktiviti menebas rumput tiap minggu bersama boss dan Saudagar Midi.

Setelah selesai bergotong royong, peserta berehat sambil makan-makan. Team 3E turut disertai oleh Sdr. Ghazali (korner lot 3C) di tepi sebelah kiri dan Dr. Taib yang disebelah Sdr. Janto.

Juadah yang sumbangkan oleh warga dSentral.

Sebahagian peserta sedang menikmati juadah sarapan sambil mendengar taklimat akhir oleh Wak Man.

Aktiviti juga disertai oleh kaum ibu warga dSentral. Tapi kebanyakkannya anak yang dah besar-besar la, ibu-ibu warga 3E anak kecik-kecik lagi payah la nak join.

Antara lain Wak Man mengucapkan syabas atas pengelibatan warga dSentral yang agak memberangsangkan. Hampir 200 peserta yang terlibat sama dalam aktiviti ini.
Antara isu lain yang disampaikan adalah, berkenaan kutipan untuk pembinaan Masjid Bandar Seri Putra telah dimulakan. Derma boleh disampaikan kepada wakil-wakil yang dilantik iaitu kepada En Farid.
Selain dari itu, stiker untuk warga dSentral juga akan diedarkan sebanyak 2 stiker untuk setiap rumah dan hendaklah dilekatkan di cermin belakang kereta.
Satu gotong royong secara besar-besaran bagi seluruh Bandar Seri Putra akan diadakan pada bulan Jun nanti, dan adalah diharapkan oleh Wak Man agar seluruh dSentral akan turut sama seperti ini.

Sunday, April 19, 2009

20/04/2009 Kecurian di Jalan 3E

Amat merisaukan apabila telah diberitakan bahawa jiran kita rumah no 21 telah mengalami kecurian seminggu yang lalu tetapi hanya semalam baru disedari oleh jiran-jiran.
Jumlah kerugian masih lagi belum diketahui. Pecah masuk didapati dari pintu sliding di depan seperti yang telah dilaporkan oleh Sdr. Shamsul, wakil Jalan 3E kita.

Berikutan dari kejadian pecah masuk itu, Sdr. Shamsul telah mencadangkan untuk menjemput perawat dari DarulSyifa untuk mengadakan sesi 'memagar' kawasan Jalan 3E kita ini. Walaubagaimana pun ianya masih didalam perancangan dan memerlukan kerja dan usahasama seluruh warga 3E keseluruhannya.

Semoga selepas ini tidak berlaku lagi perkara-perkara dan niat-niat yang tidak elok terhadap warga 3E, amin.

Monday, April 6, 2009

06/04/2009 Berhati-hati dengan kontraktor

Posting En Jamadi di Groups dsentral3e

Baru2 ni, semalam lewat petang kita dikejutkan dengan satu kejadian yang tak diingini berlaku terhadap saudara kita abg Helmi rumah no 10. Mukin ada segelintir jiran2 terdekat yg mengetahui kejadian semalam sebab senario yg berlaku dari perbualan antara bng Helmi dan 2 org cina amat kuat kedengaran seumpama satu pergaduhan ala2 gengster gamaknya. aku sbnrnya tidak menyedari keadaan ini disebabkan ada kerja lain pd masa tersebut, selesai kerja, bini aku menceritakan hal kejadian secara tidak tau apa cerita sebenar.. aku tak puasati, so lewat mlm sikit aku pn col bng Helmi utk mengetahui hal kejadian sebenar supaya org2 tidak beranggapan yg salah.... aku utarakan cerita ini di email pn atas kebenaran bng helmi..aku tidak sewenag wenangnya menceritakan hal ini sekiranya tidak mendapat kebenaran dari beliau.. semua ini aku ceritakan berasaskan satu niat baik.. begini ceritanya....

CERITA DARI MULUT BANG HELMI SENDIRI;- Pada hari semalam, beliau telah mengkontek satu syarikat kontraktor cina di semenyeh dari sumber flayers yg diletakan oleh 'contractor' terbabit di setiap post box kita untuk sebutharga penambahaan rumah belakang beliau.. syarikat tersebut adalah SYARIKAT HUP SENG CONTRACTOR AND PLUMBING. di awal perbualan beliau, pihak syarikat bersetuju utk melihat keadaan rumah beliau utk beri sebutharga. Pada belah petang, contractor terbabit telah dtg ke rumah beliau dah memberikan sebutharga secara langsung pd masa tu jgk.. aku ni yg kontractor asli dan contractor yg lain pn perlu ambik masa nk bg harga, hebat btl cntrctr ni bg arga on the spot je.. Nak dijadikan cerita, setelah selesai harga diberikan .. bang helmi pn memberitahu cntractor tersebut yg mana dia perlu minimbangkan dulu arga tersebut. setelah selesai urusan td, kontrktor td meletakan harga RM50 sebagai charge quotation td.. ini satu kepelikan bg seorg kontraktor seperti aku.. selalunya kita bg free quotation, tak ada charge pn.. so bng helmi tak bersetuju.. lantaran dripada ketidaksetujuan tsbt, maka mulalah berlaku perang mulut yg amat dasyat sekali ibarat gangter....pada masa yg sama gak, saudara husmadi jiran umah bang helmi nk balik, maka beliau menemani bang helmi menangani masalah di saat yg genting tu..tahniah husmadi...kntrct cina td berdegil dan memaksa bang helmi membayar RM50 juga, sehinggakan kwn cina yg seorg lg turundari van dgn membawa 2 sepanar besar...cina yg membawa sepanar besar berusaha pula utk membuka meter air umah bng helmi, tp di tegah oleh bang helmi... utk tidak berlaku sebarang kejadian yg tidak diingini, maka atas ertimbangan bang helmi, beliau membayar RM20 sahaja pd cntrctr terbabit... sebelum cntrctor terbabit nk balik..dia mengugut bang helmi yg dia akan dtg semula belah malam... laporan polis juga telah dibuat oleh bang helmi... semoga warga 3e selepas ini lebih berhati2 dan terusla col polis jika ternampak sebarang kejadian yg pelik terjadi ... 03-89258222 BALAI POLIS BSP

CADANGAN DAN PERINGATAN DARI AKU SBGAI WARGA 3E
1. Jangan sekali kali menghubungi syarikat kontractor yg kita tidak tahu latarbelakang mereka melalui flayers2 yg ada di post box umah kita, mukin mereka ini penjenayah yg bertopengkan syarikat kontractor
2. Kalau nk renovate jgk umah, tanyala pada yg pakar atau dapatkan recomendation dari contractor2 yg pernah bt rumah melalui kwn2 atau aku jer pn tak apa... he he
3. Kontraktor cina tak semestinya murah dan berkualiti, diorg pn guna pekerja indon jgk..
4. Pengalaman aku sbg kontraktor., kontraktor cina ni ati kering.. payah nk deal, tp tak semua.. kontraktor melayu ati basa..senang nk deal, tp tak semua..so anda yg menilainya..
5. Call polis segera kalau nmpak sesuatu yg mencurigakan..coll ajer
6. Pesan pd maid, anak dan ahli kurga kita supaya tidak sekali kali membuka grill pintu pd seseorg yg kita tidak kenali

SEKIAN DIMAKLUMKAN, jangan tanya aku lebih lebih yg melalui email...tak larat nk jwb nanti, nak tau citer selanjutnya.. coll jer aku.. hehe
Semua jalan cerita ini dipersetujui dan melalui kebenaran bang helmi utk pengajaran pd kita smua.

--- Diambil dari Google Groups dSentral3E ----