Monday, May 25, 2009

15/05/2009 Meeting Hari Keluarga 2009

15/05/2009, malam sekali lagi Restoran Hj. Tapah menjadi saksi pertemuan warga Jalan 3E dalam membincangkan projek Mega Jalan 3E yang baru.
Siapakah bakal menjadi Pengarah Hari Keluarga 2009 Jalan 3E kita yang akan datang? Masih lagi misteri.....
Kelihatan mantan Pengarah BBQ 3E sambil menongkat dagu berkecamuk fikiran memikirkan lokasi dan bakal penyandang jawatan Pengarah Hari Keluarga 3E yang baru.
10.25pm. mesyuarat yang terdiri dari En. Eddie, En. Azman, En. Syamsul, En. Hamidi, En. Fairudz, En. Asrul, En. Akop, En. Roslan dan En. Halim sibuk membincangkan akan lokasi tempat-tempat peranginan yang berpotensi untuk dijajah oleh warga 3E nanti.
Saudara Roslan adalah contoh kakitangan kerajaan yang cekap. Sebelum bermesyuarat buat homework dahulu, siap dengan perancangan yang teliti.

errr sori la senget, jangan sengetkan kepala anda.

Berikut adalah perancangan yang meliputi lokasi dan aturacara yang telah disediakan oleh Saudara Roslan kita. Agak menarik dan amat berpotensi.

Sekali lagi jangan sengetkan kepala anda.

aaaa nie baru sedap mata memandang. Antara lokasi yang dicadangkan adalah Tiara Beach Resort, N. Sembilan.
Tiara Beach Resort lebih bersifat one stop center. Mempunyai tempat penginapan seperti rumah flat (kata Padzil), mempunyai pantai buatan yang menarik, tempat permainan air untuk kanak-kanak memang sangat sesuai. Tetapi malangnya lokasi adalah agak jauh dari pantai.

Close-up pamplet.

Di sebalik celah-celah gelas Hj Tapah mantan Pengarah BBQ memberikan pendapatnya.

Ok jugak tempat nie, ujar mantan Pengarah BBQ. Betul... betul... betul...., sambut bakal Pengarah BBQ akan datang di sebelahnya.


Tumpang lalu, kata macha Hj Tapah.

(dalam ati dia... apa daaaa duduk berejam-jam order air aje kaaa)

11.08pm Saudara Jamadi sampai ditemani saudara Herwin. Jenuh Sdr. Asrul dan sdr. Akop memberikan ulasan perbincangan yang sedang dijalankan kepada sdr. Jamadi.
Ooooo ok ok aku paham, kata Jamadi yang keletihan selepas bermain futsal ditambah lagi dengan celoteh sdr Akop.
Sdr Herwin sedang mengendeng mantan Pengarah BBQ supaya mengupdatekan kepadanya perjalanan meeting yang dia telah terlepas.
Walaubagaimana pun Tok Ketua Jalan 3E telah memberikan sinopsis meeting yang sedang berjalan kepada mereka yang baru sampai.

Ooops Berita ini di taja oleh sdr. Jamadi pengusaha kereta sewa Jalan 3E.
Setelah bergelen-gelen air di teguk, akhirnya mesyuarat hampir-hampir ditangguhkan pada pukul 11.15pm.
Oooop tungguuuuu, aku baru sampai nie kata sdr. Padzil. Jam menunjukkan pukul 11.29pm.

Akhirnya mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11.30pm, dengan berkeputusan seri 2 sama.

Jawatankuasa lokasi akan mencari lagi pilihan-pilihan tempat percutian yang lebih sesuai untuk melaksanakan aktiviti penutup tahun 2009 kita ini. Setakat ini ahli-ahli mesyuarat telah bersetuju agar bayaran penyertaan adalah ditetapkan bawah RM250 untuk setiap keluarga. Dan lokasi berkemungkinan di sekitar Port Dickson.

Walaubagaimana pun cadangan adalah sentiasa dialu-alukan dari seluruh warga Jalan 3E yang lain.

No comments:

Post a Comment