Wednesday, July 29, 2009

27/06/2009 Gambar-gambar awal gotong royong pembinaan Gazeboooo

Pada 27 hb Jun 2009, kerja-kerja pembinaan wakaf/gazeboo taman permainan dSentral dimulakan. Kerja-kerja pembinaan awal ini dilakukan secara bergotong royong bersama-sama oleh warga dSentral.
Diantara peralatan yang digunakan.

Tapak gazeboo yang telah diratakan pada hari sebelumnya.

Air disimbah supaya permukaan tapak menjadi basah dan simen konkrit dapat menyerap ker permukaan (agaknya laaa... saya pakai hantam saja).

Tok ketua membersihkan tangannya setelah mengangkat papan pintu yang akan dijadikan alas untuk membancuh konkrit.

En Zul dari jalan 3G selaku mastermind pembinaan gazeboo menambahkan lagi kebecakkan tapak gazeboo... secukup rasa katanya.

Kerja-kerja membancuh simen konkrit dilakukan. dengan nisbah 3:3:1 seingat saya lah.
Pasir 3, batu krikil 3, dan pasir 1 bag .. bukan satu lori eh. ... Air secukup rasa.

Sdr. Wisma sedang membaca jampi serapah supaya asas tapak yang dibinanya menjadi kukuh. Beliau adalah mastermind bagi kerja-kerja kontrak yang dilakukan. Kalau nak renovate rumah boleh panggil beliau.

Perghhh letih jugak nak mengacaunya.

eh ingatkan nak bubuh kat tapak gazeboo... rupanya nak buat jambatan... ceh buang karan tul laaaa ... dah nak kena bancuh lagi...

Sedikit demi sedikit konkrit dicurah ke acuan membuat jambatan terpendek di dSentral.

Sdr Wisma mencantikkan lagi acuan yang dibuat... kami pakai curah ajer.

Cukup ker tak tuuu nie dah abis nie.. nak kena bancuh lagi ker?

Akhirnya tapak gazeboo mula di curah dengan konkrit.... sekarang turn en Zubir pula membaca mantera ... yang tadi untuk jambatan sekarang untuk tapak lak.

Sedikit demi sedikit konkrit mula memenuhi ruang.

ahhhh siap pun

Tinggal sikit ajer lagi nie.
Sdr. jamadi beraksi dengan selipar barunya.... abisss la selipar mahal aku nieee
Tanggal 27 -06-2009 yang bersejarah.

25/07/2009 Pembinaan gazebooo di taman permainan dSentral

25/07/2009, gotong royong pembinaan gazeboo diteruskan. Kali ini penggalian parit untuk menanam salur bekalan kuasa dari gazeboooo ke kotak TNB.

Wak Man menunjukkan skillnya berkebun.

Teka teki apa dia semakin di potong semakin panjang?

Nie nak main golf ker nak cangkul tanah ni.

Berehat seketika setelah letih mencangkul tanah.

Sudah hampir kepenghujungnya.

Dengan kelebaran hampir 5 meter dan panjang hampir 50 km, ianya hampir menyamai kehebatan terusan Wan Mat Saman yang telah dibina pada tahun 1885 dan telah mengorbankan banyak nyawa.

24/07/2009 Isu Latent Defect

Pada 24 hb Julai 2009, telah di adakan meeting dSentral bertempat di Restoran Hj Tapah, Bandar Seri Putra.
Di antara isu utama yang dibincangkan di sini adalah berkenaan dengan isu 'latent defect'. Ianya adalah berkenaan dengan isu kerosakan yang berulang walaupun telah diperbaiki semasa kediaman masih dibawah jaminan (waranty). Memandangkan setelah 3 tahun dSentral ini di duduki banyak kerosakan-kerosakan muncul kembali terutamanya kebocoran di bilik air, kebocoran di bumbung dan juga retak-retak di dinding. Isu lain juga menjadi perhatian seperti keadaan longkang yang mana kecerunannya tidak betul, dan ini menyebabkan air bertakung dan menjadi pembiakan nyamuk aedes.

Diantara mereka yang turut hadir semasa perbincangan di Tapah, Perak.



Pelbagai idea diketengahkan untuk menangani permasalahan yang timbul.


Diantara wakil jalan 3E yang turut hadir semasa perbincangan, kelihatan En Syamsul, Asrul dan Saudagar Midi selaku ahli tetap meja Hj. Tapah, diiringi Sdr Zul yang baru sahaja balik dari kerja dan di seret sekali supaya datang ke Restoran Hj. Tapah.

Diantara kesimpulan yang telah dicapai adalah, satu borang akan diedarkan/ email kepada warga dSentral supaya setiap butiran kerosakan disenaraikan terutamanya kerosakan yang pernah diadukan kepada pemaju. Adalah lebih baik lagi sekiranya dapat disertakan bukti-bukti aduan ataupun kerosakkan, seperti bil-bil atau resit juga gambar kerosakan tersebut. Satu jawatankuasa bertindak akan menghantar aduan kepada pihak-pihak tertentu supaya isu dapat diketengahkan dan mendapat pembelaan sewajarnya,

Lain-lain isu berbangkit diantaranya adalah, hari keluarga dSentral yang dijadualkan akan diadakan pada bulan 8 ini ditangguhkan ke waktu yang lain disebabkan oleh kesuntukkan masa.
Isu pembayaran keahlian dSentral berkemungkinan akan dikurangkan kepada RM10 berbanding RM40 seperti yang dicadangkan sebelumnya dan pungutan bulanan sebanyak RM5.

Group Jalan 3E minum air teh tarik, milo ais juga kopi o.
Ahli mesyuarat yang lain cuma minum air kosong ajer.

Monday, July 20, 2009

19/07/2009 Fogging of Fogging

Pagi Ahad 19/07/2009 telah diadakan pemeriksaan jentik-jentik oleh kementerian Kesihatan dari rumah ke rumah. Periksa dan saman kot, tak tau la pulak diorang periksa tak longkakng kat belakang rumah kalau kena saman sapa yang kena agaknya eh, Bangi Heights ker tuan rumah?

Sebelah petangnya pula pihak kementerian kesihatan telah menyembur kawasan perumahan dSentral dengan semburan racun nyamuk berasaskan air. Tidak berminyak. Semburan dilakukan di kawasan rumah dan bagi rumah-rumah yang dibuka pintunya, semburan juga dilakukan hingga ke dalam rumah.


Hasilnya? emmm rasanya ada lagi la nyamuk malam tu. Nyamuk dah imune kot dengan racun-racun nie.