Monday, May 25, 2009

23/05/2009 Antara Nyamuk dan Kegelapan

Pagi 23/05/2009 merupakan detik yang mencemaskan bagi warga 3E. Telah dijalan spot check jentik-jentik oleh kementerian kesihatan. Disamping pemeriksaan jentik-jentik dan nasihat yang diberikan mereka juga mengedarkan handout bahaya nyamuk Aedes dan sebunjut racun jentik-jentik.
Kelihatan dua orang kakitangan kementerian kesihatan baru keluar dari rumah Tok Ketua.
Kertas sebaran bahaya nyamuk Aedes. errr dah koyak la... duk berebut dengan si kecik yang ikut sibuk nak tolong bacakan.
Bunjut beracun.... eiiii serammmmmm.
Hampir semua rumah diperiksa, namun sesapa yang tak bukak pintu tu mungkin selamat la buat masa ini... jeng jeng jeng.

Malam 23/05/2009, malam yang penuh dengan kegelapan.
Teringat lagu Kenny, Remy dan Martin ... 'Biar ku menjadi lilin...'
Seluruh kawasan Bandar Seri Putra mengalami kegelapan.
Sediakan lilin sebelum blackout.
emmm bil api dah bayor lom?

15/05/2009 Meeting Hari Keluarga 2009

15/05/2009, malam sekali lagi Restoran Hj. Tapah menjadi saksi pertemuan warga Jalan 3E dalam membincangkan projek Mega Jalan 3E yang baru.
Siapakah bakal menjadi Pengarah Hari Keluarga 2009 Jalan 3E kita yang akan datang? Masih lagi misteri.....
Kelihatan mantan Pengarah BBQ 3E sambil menongkat dagu berkecamuk fikiran memikirkan lokasi dan bakal penyandang jawatan Pengarah Hari Keluarga 3E yang baru.
10.25pm. mesyuarat yang terdiri dari En. Eddie, En. Azman, En. Syamsul, En. Hamidi, En. Fairudz, En. Asrul, En. Akop, En. Roslan dan En. Halim sibuk membincangkan akan lokasi tempat-tempat peranginan yang berpotensi untuk dijajah oleh warga 3E nanti.
Saudara Roslan adalah contoh kakitangan kerajaan yang cekap. Sebelum bermesyuarat buat homework dahulu, siap dengan perancangan yang teliti.

errr sori la senget, jangan sengetkan kepala anda.

Berikut adalah perancangan yang meliputi lokasi dan aturacara yang telah disediakan oleh Saudara Roslan kita. Agak menarik dan amat berpotensi.

Sekali lagi jangan sengetkan kepala anda.

aaaa nie baru sedap mata memandang. Antara lokasi yang dicadangkan adalah Tiara Beach Resort, N. Sembilan.
Tiara Beach Resort lebih bersifat one stop center. Mempunyai tempat penginapan seperti rumah flat (kata Padzil), mempunyai pantai buatan yang menarik, tempat permainan air untuk kanak-kanak memang sangat sesuai. Tetapi malangnya lokasi adalah agak jauh dari pantai.

Close-up pamplet.

Di sebalik celah-celah gelas Hj Tapah mantan Pengarah BBQ memberikan pendapatnya.

Ok jugak tempat nie, ujar mantan Pengarah BBQ. Betul... betul... betul...., sambut bakal Pengarah BBQ akan datang di sebelahnya.


Tumpang lalu, kata macha Hj Tapah.

(dalam ati dia... apa daaaa duduk berejam-jam order air aje kaaa)

11.08pm Saudara Jamadi sampai ditemani saudara Herwin. Jenuh Sdr. Asrul dan sdr. Akop memberikan ulasan perbincangan yang sedang dijalankan kepada sdr. Jamadi.
Ooooo ok ok aku paham, kata Jamadi yang keletihan selepas bermain futsal ditambah lagi dengan celoteh sdr Akop.
Sdr Herwin sedang mengendeng mantan Pengarah BBQ supaya mengupdatekan kepadanya perjalanan meeting yang dia telah terlepas.
Walaubagaimana pun Tok Ketua Jalan 3E telah memberikan sinopsis meeting yang sedang berjalan kepada mereka yang baru sampai.

Ooops Berita ini di taja oleh sdr. Jamadi pengusaha kereta sewa Jalan 3E.
Setelah bergelen-gelen air di teguk, akhirnya mesyuarat hampir-hampir ditangguhkan pada pukul 11.15pm.
Oooop tungguuuuu, aku baru sampai nie kata sdr. Padzil. Jam menunjukkan pukul 11.29pm.

Akhirnya mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11.30pm, dengan berkeputusan seri 2 sama.

Jawatankuasa lokasi akan mencari lagi pilihan-pilihan tempat percutian yang lebih sesuai untuk melaksanakan aktiviti penutup tahun 2009 kita ini. Setakat ini ahli-ahli mesyuarat telah bersetuju agar bayaran penyertaan adalah ditetapkan bawah RM250 untuk setiap keluarga. Dan lokasi berkemungkinan di sekitar Port Dickson.

Walaubagaimana pun cadangan adalah sentiasa dialu-alukan dari seluruh warga Jalan 3E yang lain.

Monday, May 11, 2009

09/05/2009 BBQ Jalan 3E


Sabtu, 09/05/09 suatu jamuan BBQ bagi Jalan 3E telah diadakan. Majis yang meriah ini turut disertai oleh hampir kesemua pemilik-pemilik rumah di sepanjang Jalan 3E ini.

Warga 3E bergambar kenangan selepas tamat BBQ Jalan 3E


Program BBQ Jalan 3E ini diketuai oleh Saudara Hamidi selaku Pengarah Program dengan dibantu oleh warga 3E yang lain telah berjaya menjadikan program ini suatu realiti.


Thursday, May 7, 2009

07/05/2009 Banner BBQ Jalan 3E

Pada pukul 9.26 malam, 07/05/2009 Banner BBQ Jalan 3E telah di pasang di simpang masuk ke Jalan 3E.
Pemasang poster pilihanraya professional sedang mencari lokasi yang sesuai bagi menggantung kain rentang bagi BBQ Jalan 3E. Tugas mereka kali ini agak berlainan dari kebiasaannya yang memerlukan polis dan bodyguard semasa memasang poster. Tapi kali ini mereka hanya di kawal oleh dua orang cilik.
Tok mintak maap la Tok, aritu saya dah order banner siap dengan gambar tok pakai songkok dan samping, tapi diorang kata tak leh nak masukkan la Tok. Kata diorang nanti kaler dia tak match ngan tulisan la Tok.
Awak nie saudagar, nampak gaya nie penggal terakhir la awak jadik pengarah projek untuk abad ini, eh.
Bergambar kenangan bersama tenaga kerja pemasangan banner.
Kiri sekali bodyguard kecik Tok Ketua, Tok Ketua Shamsul, errr pekerja indon bapak Jamadi, Ketua Pengarah BBQ Saudagar Hamidi dan errr wei anak ko mana nie Midi.
aaaa tu dia ... ish mana ko sorok kan tadi budak tu ...
Ishh tinggi sangat nie Midi, apa kata kalau kita turunkan sikit.

Cop! cop! cop!... senget tu

Tinggi sangat laaa. Karang orang tak perasan lak. Sesia ajer aku buat banner nie kalau orang tak perasan.

aaaaa... cam nie ok, tenguk tu Tok Ketua tunjuk macam mana cara yang sesuai menggantung banner. Ngam-ngam ajer.

ok ok aku bagi level sikit... aku nie kalau part nak bagi belence memang expert lebih-lebih lagi kalau nak levelkan simen lantai atau konkrit.

Setelah puashati dengan kedudukan banner, barulah diikat dengan kemas.

Ok cantik! ... nie kalu Jalan lain kat DSentral tenguk nie mesti jeles gila nie.

Mesti meleleh air liur diorang nie bila baca nie.

Ayah, angah tolong ikat eh. Ok ikat elok-elok ye.
Banner yang telah siap dipasang.

Jangan tak datang , beso tulisan tu jangan buat-buat tak nampak lak.

Ayah, 20 tahun lagi nanti Zakuan lak jadik pengarah BBQ eh.
Tapi masa tu kita dah tak duk kat sini kan ayah.
Tak nak la ayah, malu la angah nak posing ngan mamat nie.

Dia suka tayang gigi la ayah.
Usia bukan penghalang... nanti kita dating masa BBQ nie nak tak angah.
Pengarah BBQ in the making


Semoga semua warga 3E dapat turut sama menjayakan Program BBQ kita pada hari Sabtu nanti. Sambil beramah mesra dan merapatkan lagi silaturahim sesama kita.

9 Mei 2009