Sunday, April 26, 2009

26/04/2009 Gotong-royong Dsentral

Gotong royong dSentral

Pada Ahad, 26/04/2009 telah diadakan gotong royong bagi seluruh dSentral. Gotong royong yang bermula jam 7.30 pagi ini telah juga sertai oleh warga Jalan 3E yang memang cukup komitmen dalam ehwal kemasyarakatan dSentral keseluruhannya.

Seawal 7.30 pagi warga dSentral mula memenuhi padang taman permainan dSentral. Tidak kira kecil besar, tua dan muda ikut serta dalam aktiviti gotong royong besar besaran dSentral yang julung kali diadakan ini.

Warga Jalan 3E juga mula berkumpul di hadapan rumah en Jamadi dan bersama-sama berjalan menuju ke tapak taman permianan dSentral.


Berkumpul dan mendengar taklimat gotong royong.




Sebahagian ahli Jalan 3E sedang turut sama mendengar dengan khuyusuk taklimat pagi itu.
Sesi taklimat gotong royong pagi itu diberikan oleh Wak Man. Orang jawa katanya. Memang bersemangat sungguh dalam menjayakan aktiviti gotong royong pagi itu.
Pengerusi dSentral Prof. Madya Dr. Ariffin tidak dapat hadir pada masa itu atas perkara yang tidak dapat dielakkan.

errr warga 3E tak bawak apa-apa tools ker? Nampak dari jauh berlenggang kangkung jer.

Sebelum bermula aktiviti, seperti biasa sesi memanaskan badan dilakukan.

Baru la rasa segar badan, boleh la sarapan lepas ini.

Kawasan taman permainan sebagai kawasan permulaan aktiviti gotong royong dan kemudiannya diikuti dengan kawasan jalan masing-masing.

Ishhh mana warga 3E yang lain eh?

Selain dari sampah sarap, papan-papan iklan yang digantungkan di tiang-tiang lampu dan pokok juga diturunkan.
Weih Alim ko cukup tinggi ker nak panjat tiang tu?
Jiran sepakat membawa berkat.
Senyum .... senyum.... weih cepat la amik gambar dah penat posing nie...
... sabo sabo kamera aku nie lambat sikit nak panas...
.... aaaaa... turn sapa lak panjat nie .... aku dah setkan tangga nie ...

Sdr Asrul menunjukkan skillnya yang lain, selain dari skill menebas rumputnya.
weiii weiii ko pegang la tangga tu, jangan pegang aku ... geli laaaa..

Saat-saat akhir papan tanda ini dilihat orang.
Iklan lori sewa dah biasa dah... iklan repair sofa tu jarang jumpa tu... cepat amik nombor dia.

Waaa tinggi betul, sampai kehujung mata tangga tu.
... gayat ... gayat..

Penyapu terbang Harry Potter yang tersangkut di atas pokok ini menjadi kemusykilan kami.

Walaubagaimana pun sampah tetap sampah samada di atas ataupun dibawah pokok.
Hati-hati Asrul kalau kena sumpah jadik kodok kami tak tau.

En Jamadi menunjukkan cara-cara bermain golf kepada kami.

errrr mintak mahaap la boss saya dah patahkan kayu golf boss...
nie Jamadi la nie ajar tak betul...

nie haa cara yang betul

Tenguk kan dah terbang tunggul pokok tu...
En Asrul menunjukkan cara yang betul memukul bola golf hasil pengalaman dari aktiviti menebas rumput tiap minggu bersama boss dan Saudagar Midi.

Setelah selesai bergotong royong, peserta berehat sambil makan-makan. Team 3E turut disertai oleh Sdr. Ghazali (korner lot 3C) di tepi sebelah kiri dan Dr. Taib yang disebelah Sdr. Janto.

Juadah yang sumbangkan oleh warga dSentral.

Sebahagian peserta sedang menikmati juadah sarapan sambil mendengar taklimat akhir oleh Wak Man.

Aktiviti juga disertai oleh kaum ibu warga dSentral. Tapi kebanyakkannya anak yang dah besar-besar la, ibu-ibu warga 3E anak kecik-kecik lagi payah la nak join.

Antara lain Wak Man mengucapkan syabas atas pengelibatan warga dSentral yang agak memberangsangkan. Hampir 200 peserta yang terlibat sama dalam aktiviti ini.
Antara isu lain yang disampaikan adalah, berkenaan kutipan untuk pembinaan Masjid Bandar Seri Putra telah dimulakan. Derma boleh disampaikan kepada wakil-wakil yang dilantik iaitu kepada En Farid.
Selain dari itu, stiker untuk warga dSentral juga akan diedarkan sebanyak 2 stiker untuk setiap rumah dan hendaklah dilekatkan di cermin belakang kereta.
Satu gotong royong secara besar-besaran bagi seluruh Bandar Seri Putra akan diadakan pada bulan Jun nanti, dan adalah diharapkan oleh Wak Man agar seluruh dSentral akan turut sama seperti ini.

No comments:

Post a Comment