Sunday, April 19, 2009

20/04/2009 Kecurian di Jalan 3E

Amat merisaukan apabila telah diberitakan bahawa jiran kita rumah no 21 telah mengalami kecurian seminggu yang lalu tetapi hanya semalam baru disedari oleh jiran-jiran.
Jumlah kerugian masih lagi belum diketahui. Pecah masuk didapati dari pintu sliding di depan seperti yang telah dilaporkan oleh Sdr. Shamsul, wakil Jalan 3E kita.

Berikutan dari kejadian pecah masuk itu, Sdr. Shamsul telah mencadangkan untuk menjemput perawat dari DarulSyifa untuk mengadakan sesi 'memagar' kawasan Jalan 3E kita ini. Walaubagaimana pun ianya masih didalam perancangan dan memerlukan kerja dan usahasama seluruh warga 3E keseluruhannya.

Semoga selepas ini tidak berlaku lagi perkara-perkara dan niat-niat yang tidak elok terhadap warga 3E, amin.

No comments:

Post a Comment