Sunday, March 29, 2009

29/03/09 Pemasangan Pintu di Lorong Belakang

Pada 28 hb Mac 2009 kerja-kerja pemasangan gate bagi laluan belakang telah dimulakan kira-kira pada pukul 2.30 petang. Kerja-kerja tersebut telah disambung pada keesokkannya sehingga siap sepenuhnya.

Kerja-kerja pemasangan sedang dilakukan di lorong belakang 3E & 3G. emmm mana orangnya? Soalan cepumas cuba cari dimanakah pekerja-pekerja yang sedang memasang gate tersebut. Memang respek la mata orang yang bole carik pekerja tu.

Gate yang separuh siap dipasang.
Gate yang telah siap sepenuhnya di lorong belakang 3E & 3C. Waaa subur betul la pokok pisang tu. Sapa punya tu? (... pura-pura tanya ...) Waaa senang la kita nanti nak buat ikan bakar eh, tu dah ada daun pisang tu buat balut ikan he he he.

Pada sebelah malamnya pula telah dilakukan sessi pemeriksaan bersama kontraktor pemasangan gate tersebut. Pemeriksaan gate ini di sertai oleh Sdr. Padzil dari RnP eng. Ventures serta Sdr. Syamsul, Sdr. Jamadi dan tukang amik gambar.

Sdr Syamsul sedang memberi komen kepada Sdr. Padzil dari RnP eng ventures di gate sebelah Tadika Ainna di lorong belakang 3E /3C.

Sdr. Jamadi sedang memerhatikan kekukuhan binaan gate yang telah siap dipasang.
Di dalam perbincangan tersebut beberapa penambahbaikan diperlukan dalam rekabentuk gate yang telah dipasang itu.

Diantaranya adalah penambahan jeriji tajam di bahagian atas gate yang akan dipasang oleh kontraktor, pembelian clamp manga, 2 bagi setiap gate yang akan ditanggung sendiri oleh penduduk.

Diantara ciri-ciri keselamatan yang telah dipasang oleh kontraktor.

Grill didalam longkang dibawah gate.
Gate di lorong belakang 3E/3C berhadapan dengan tangki air.

Pemasangan gate agak memuaskan setakat ini.
Satu 'stopper' perlu diletak/weld di bahagian engsel gate supaya gate tidak mudah untuk diangkat.

Laluan belakang 3E/3G berdekatan jalan besar yang agak tersorok disebalik ribunan pokok hiasan pemaju, dan suasana yang agak gelap memudahkan penjenayah untuk keluar dan masuk tanpa dikesan oleh penduduk.

Gate yang telah dipasang di lorong belakang 3E/3G berhadapan tangki air.


Gate di jalan belakang 3E/3G.

Longkang di laluan ini juga telah dipasang grill.

Adalah diharapkan dengan pemasangan gate di kesemua laluan belakang dapat mengelakkan dari berlakunya sebarang kecurian dan seterusnya menambahkan lagi faktor-faktor bagi keselamatan penduduk di Jalan 3E keseluruhannya.

Sekiranya para penduduk ada cadangan bagi penambahbaikkan gate yang telah dibina ini adalah diharapkan agar mengutarakan pandangan mereka secepat mungkin kepada pengerusi Jalan 3E sementara pemasangan ini masih lagi dibawah seliaan kontraktor RnP eng. ventures.

No comments:

Post a Comment