Mesyuarat di ketuai oleh Sdr. Hamidi merangkap pengarah BBQ Jalan 3E. Perjumpaan ini juga disertai oleh Sdr. Shamsul (Pengerusi 3E), Sdr. Jamadi, Sdr. Halim (Hitachi), Sdr. Raop (Honda baru), Sdr. Syamsul (Toilet baru), Sdr. Akop (Ustad baru), Sdr. Herwin, Sdr. Azrul, dan tukang amik gambar.
Mesyuarat dimulakan oleh Sdr. Hamidi dimulakan dengan kata-kata aluan dan puji-pujian.
Mesyuarat secara khasnya membincangkan tentang aktiviti BBQ yang akan diadakan di Jalan 3E tidka lama lagi. Diantara keputusan yang telah dicapai semasa mesyuarat tersebut, tarikh BBQ yang pada awalnya dijadualkan pada 1 Mei 2009 telah ditunda ke satu tarikh yang baru iaitu pada 9 Mei 2009. Ini adalah dari isu yang telah dibangkitkan iaitu cuti 1 Mei adalah cuti yang berturutan dengan cuti hujung minggu dan ramai yang te;lah bercadang untuk pulang ke kampung halaman masing-masing.
Selain dari itu cadangan kaum ibu untuk mengadakan hamper bagi setiap rumah juga di tunda ke aktiviti hari keluarga yang mungkin akan diadakan di hujung tahun nanti.
Buktinya lihatlah selama 3 jam kami di Hj Tapah hanya teh tarik sahaja yang kami order.
No comments:
Post a Comment