Wednesday, July 29, 2009
27/06/2009 Gambar-gambar awal gotong royong pembinaan Gazeboooo
25/07/2009 Pembinaan gazebooo di taman permainan dSentral
24/07/2009 Isu Latent Defect
Lain-lain isu berbangkit diantaranya adalah, hari keluarga dSentral yang dijadualkan akan diadakan pada bulan 8 ini ditangguhkan ke waktu yang lain disebabkan oleh kesuntukkan masa.
Isu pembayaran keahlian dSentral berkemungkinan akan dikurangkan kepada RM10 berbanding RM40 seperti yang dicadangkan sebelumnya dan pungutan bulanan sebanyak RM5.
Ahli mesyuarat yang lain cuma minum air kosong ajer.
Monday, July 20, 2009
19/07/2009 Fogging of Fogging
Sebelah petangnya pula pihak kementerian kesihatan telah menyembur kawasan perumahan dSentral dengan semburan racun nyamuk berasaskan air. Tidak berminyak. Semburan dilakukan di kawasan rumah dan bagi rumah-rumah yang dibuka pintunya, semburan juga dilakukan hingga ke dalam rumah.
Hasilnya? emmm rasanya ada lagi la nyamuk malam tu. Nyamuk dah imune kot dengan racun-racun nie.
Thursday, June 11, 2009
12/06/2009 Denggi
Nampaknya kita kena berlipatkali gandakan lagi kewaspadaan kita terhadap nyamuk durjana ini.
Hapuskan nyamuk aedes! Belia bebas dadah.
Monday, May 25, 2009
23/05/2009 Antara Nyamuk dan Kegelapan
Malam 23/05/2009, malam yang penuh dengan kegelapan.
emmm bil api dah bayor lom?
15/05/2009 Meeting Hari Keluarga 2009
errr sori la senget, jangan sengetkan kepala anda.
Berikut adalah perancangan yang meliputi lokasi dan aturacara yang telah disediakan oleh Saudara Roslan kita. Agak menarik dan amat berpotensi.
Ok jugak tempat nie, ujar mantan Pengarah BBQ. Betul... betul... betul...., sambut bakal Pengarah BBQ akan datang di sebelahnya.
Tumpang lalu, kata macha Hj Tapah.
(dalam ati dia... apa daaaa duduk berejam-jam order air aje kaaa)
11.08pm Saudara Jamadi sampai ditemani saudara Herwin. Jenuh Sdr. Asrul dan sdr. Akop memberikan ulasan perbincangan yang sedang dijalankan kepada sdr. Jamadi.
Ooooo ok ok aku paham, kata Jamadi yang keletihan selepas bermain futsal ditambah lagi dengan celoteh sdr Akop.
Sdr Herwin sedang mengendeng mantan Pengarah BBQ supaya mengupdatekan kepadanya perjalanan meeting yang dia telah terlepas.
Walaubagaimana pun Tok Ketua Jalan 3E telah memberikan sinopsis meeting yang sedang berjalan kepada mereka yang baru sampai.
Ooops Berita ini di taja oleh sdr. Jamadi pengusaha kereta sewa Jalan 3E.
Setelah bergelen-gelen air di teguk, akhirnya mesyuarat hampir-hampir ditangguhkan pada pukul 11.15pm.
Oooop tungguuuuu, aku baru sampai nie kata sdr. Padzil. Jam menunjukkan pukul 11.29pm.
Akhirnya mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11.30pm, dengan berkeputusan seri 2 sama.
Jawatankuasa lokasi akan mencari lagi pilihan-pilihan tempat percutian yang lebih sesuai untuk melaksanakan aktiviti penutup tahun 2009 kita ini. Setakat ini ahli-ahli mesyuarat telah bersetuju agar bayaran penyertaan adalah ditetapkan bawah RM250 untuk setiap keluarga. Dan lokasi berkemungkinan di sekitar Port Dickson.
Walaubagaimana pun cadangan adalah sentiasa dialu-alukan dari seluruh warga Jalan 3E yang lain.