Wednesday, July 29, 2009

24/07/2009 Isu Latent Defect

Pada 24 hb Julai 2009, telah di adakan meeting dSentral bertempat di Restoran Hj Tapah, Bandar Seri Putra.
Di antara isu utama yang dibincangkan di sini adalah berkenaan dengan isu 'latent defect'. Ianya adalah berkenaan dengan isu kerosakan yang berulang walaupun telah diperbaiki semasa kediaman masih dibawah jaminan (waranty). Memandangkan setelah 3 tahun dSentral ini di duduki banyak kerosakan-kerosakan muncul kembali terutamanya kebocoran di bilik air, kebocoran di bumbung dan juga retak-retak di dinding. Isu lain juga menjadi perhatian seperti keadaan longkang yang mana kecerunannya tidak betul, dan ini menyebabkan air bertakung dan menjadi pembiakan nyamuk aedes.

Diantara mereka yang turut hadir semasa perbincangan di Tapah, Perak.



Pelbagai idea diketengahkan untuk menangani permasalahan yang timbul.


Diantara wakil jalan 3E yang turut hadir semasa perbincangan, kelihatan En Syamsul, Asrul dan Saudagar Midi selaku ahli tetap meja Hj. Tapah, diiringi Sdr Zul yang baru sahaja balik dari kerja dan di seret sekali supaya datang ke Restoran Hj. Tapah.

Diantara kesimpulan yang telah dicapai adalah, satu borang akan diedarkan/ email kepada warga dSentral supaya setiap butiran kerosakan disenaraikan terutamanya kerosakan yang pernah diadukan kepada pemaju. Adalah lebih baik lagi sekiranya dapat disertakan bukti-bukti aduan ataupun kerosakkan, seperti bil-bil atau resit juga gambar kerosakan tersebut. Satu jawatankuasa bertindak akan menghantar aduan kepada pihak-pihak tertentu supaya isu dapat diketengahkan dan mendapat pembelaan sewajarnya,

Lain-lain isu berbangkit diantaranya adalah, hari keluarga dSentral yang dijadualkan akan diadakan pada bulan 8 ini ditangguhkan ke waktu yang lain disebabkan oleh kesuntukkan masa.
Isu pembayaran keahlian dSentral berkemungkinan akan dikurangkan kepada RM10 berbanding RM40 seperti yang dicadangkan sebelumnya dan pungutan bulanan sebanyak RM5.

Group Jalan 3E minum air teh tarik, milo ais juga kopi o.
Ahli mesyuarat yang lain cuma minum air kosong ajer.

No comments:

Post a Comment